Thursday, April 30, 2009

Tazkirah hamba

Dalam kehidupan seharian,sedar ke, tak sedar....,kita memang diuji dan ujian itu berpanjangan sehingga kita bertemu hari yang sememangnya dijanjikan untuk menilai sejauh mana kejayaan menempuh ujian tersebut.Di dunia ini hari tersebut bolehlah kita ibaratkan dengan hari konvokesyen atau hari menerima anugerah.Tetapi tidaklah boleh disamakan juga kerana konvokesyen atau hari menerima anugerah itu bagi mereka yang berjaya sahaja, yang tidak berjaya terpaksa mengulanginya semula.Mungkin kita kita boleh sebutkan sebagai hari pengadilan dan penganugerahan sempena mengadap Raja Agong bagi segala raja yang bergelar Tuhan yang maha suci daripada sekutu.Di sana nanti ada yang dapat anugerah khas sebagai orang-orang kanan Agong seperti Anbiyaillah,para Siddiiqin,para Syuhada` dan para Solihin.Empat golongan ini adalah merupakan golongan atasan yang rapat dengan Yang Dipertuan Maha Agong mengikut turutan tersebut.InsyaAllah nanti kita sambung naaa...Hamba nak beradu ke peraduan.

Tuesday, April 21, 2009

Belajar tanpa guru

Alangkah susahnya belajar dunia tanpa guru, betapa belajar tentang akhirat dan ilmu agama pula tanpa guru pembimbing.Ilmu dunia walaupun susah tetapi akan paham juga melalui pengalaman yang telah dilalui.Ilmu akhirat walaupun senang kita memahaminya, jika tiada berguru dgn betul dan mengikut syaratnya seperti berguru dgn seseorang yg suka membawa keraguan dalam islam dan masyarakat akan membawa bahaya yang besar kepada masyarakat.Dengan kefahaman agama yang disangka betul itu tanpa di timbang dengan ilmu2 alat yang 15 lagi akan dipegangi dan sifat egonya akan terselah jika berlawanan fahaman dengannya serta memaksa orang lain mengikut jejak langkahnya dan tidak menghormati pandangan ilmiah orang lain.Ini akan membawa bibit-bibit pepecahan dalam masyarakat umat islam.

Baru belajar jadi blogger

Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua pembaca ruang ini,semoga anda semua berada dalam ketenangan bersama keluarga...